Saturday 21 April 2012

Makanan tradisi masyarakat cina (Yusheng)


Yusheng, Yee Sang atau Yuu Shang


 (Cina Ringkas: pinyin: yusheng) ialah sejenis salad ikan mentah gaya Chaozhou. Yee sang biasanya terdiri daripada potongan daging ikan mentah (khususnya salmon), yang bercampur dengan cebisan sayur-sayuran dan beraneka sos dan perasa, dan ramuan-ramuan lain. secara harifah, “yusheng” diterjemah menjadi “ikan mentah”, namun boleh dianggap melambangkan kemewahan, kemakmuran dan kesuburan.

Penyumbang kepada hubungan kekeluargaan dan memupuk keharmonian masyarakat Malaysia:

Yee sang dimulakan di Kuala Lumpur kira-kira pada awal 1950-an, sebagai hidangan yang disajikan hanya selepas hari Tahun Baru Cina apabila restoran dibuka semula, dan restoran menyajikan hidangan ini sebagai pembuka selera untuk memupuk ‘tuah’ untuk tahun berikutnya.

Kini, “Lo Hei” — melambung yee sang — ialah satu adat resam Tahun Baru Cina di Malaysia dan Singapura yang mana saudara-mara berkumpul di keliling meja lalu melambung cebisan ramuan ke udara dengan penyepit apabila disuruh, sambil melaungkan ucapan untuk menandakan bermulanya tahun yang makmur. Tradisi ini bukan sahaja dikalangan ahli keluarga terdekat, malahan sahabat handai berbeza agama dan pegangan juga turut merayakan bersama-sama masyarakat cina ketika menyambut perayaan Tahun Baru Cina. Ini jelas membuktikan makanan tradisi dan amalan ini dapat mengeratkan hubungan persaudaraan dikalangan masyarakat Malaysia.

Friday 13 April 2012

Selamat Datang Ke Blog Keunikan Masyarakat Malaysia

GAGASAN 1 MALAYSIA MERAYAKAN KEPELBAGAIAN KAUM DI MALAYSIA?
Usaha melahirkan satu generasi rakyat 1Malaysia bukanlah merupakan satu proses asimilasi yang mampu melenyapkan identiti kaum atau etnik dan digantikan dengan satu identiti nasional seperti diamalkan di negar-negara lain.
Sebaliknya, Gagasan 1Malaysia menghargai dan menghormati malah berhasrat memelihara identiti dan keunikan kaum dan etnik masing-masing selaraskan dengan kerangka persetujuan-persetujuan telah tercapai dalam kontrak sosial oleh pelopor-pelopor kemerdekaan dan kemudiannya menyerlah dalam Perlembagaan Persekutuan.
Malah, Gagasan 1 Malaysia memajukan konsep bahawa keunikan dan kelainan yang wujud dikalangan rakyat Malaysia sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan oleh rakyat Malaysia kerana keunikan itu membantu dalam usaha meningkatkan pembangunan dan kemajuan negara kepada tahap yang lebih tinggi.
Namun, perlu dijelaskan bahawa Gagasan 1 Malaysia adalah dimajukan bersandarkan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Ini bermakna dasar-dasar kerajaan dan program-program pembangunan yang disediakan bagi kaum bumiputra dan bukan bumiputra akan terus disediakan berdasarkan peruntukan-peruntukan yang sedia ada dalam Perlembagaan Persekutuan. Semua kaum dan etnik akan mendapat pembelaan dan bantuan selaras dengan peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang digubal berteraskan semangat tolak ansur antara kaum.
Gagasan 1 Malaysia merupakan satu penerusan agenda melahirkan sebuah negara bangsa bersandarkan Perlembagaan Persekutuan. Malah, Gagasan 1 Malaysia lebih memfokuskan kepada menyediakan peluang-peluang yang samarata, membantu kumpulan dan golongan rakyat yang masih tertinggal dalam arus perdana pembangunan negara, mendorong kumpulan yang lebih kaya membantu kumpulan dan golongan yang masih berkurangan dan memerlukan bantuan. Ini bermakna Gagasan 1 Malaysia lebih menterjemahkan semangat keadilan sosial kepada rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.
Gagasan 1 Malaysia bukanlah merupakan satu retorik politik atau “ lip-service” seperti didakwa oleh setengah-tengah pihak malah merupakan satu usaha penerusan pendekatan kerajaan (BN) bagi mengukuhkan perpaduan yang sedia terjalin di kalangan rakyat Malaysia. Perpaduan rakyat adalah matlamat utama dasar dan program kerajaan sejak merdeka. Mantan Perdana Menteri seperti YTM Tunku Abdul Rahman, Tun Razak,Tun Hussein Onn, Tun Mahathir Mohamed dan Tun Abdulah Ahmad Badawi pernah menengahkan dasar-dasar tertentu untuk mencapai dan mengukuh perpaduan dikalangan rakyat yang berbilang kaum dan keturunan. YAB Mohd.Najib Tun Razak yang mengambil alih teraju pentadbiran Negara pada bulan April 2009 hanya meneruskan tradisi menyatupadukan rakyat dengan pendekatan tersendiri, ia itu Gagasan 1 Malaysia , untuk mengukuhkan lagi perpaduan yang terjalin di kalangan rakyat.
Dengan ini, jelas bahawa Gagasan 1 Malaysia adalah penerusan agenda membina negara bangsa Malaysia supaya urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar. Kerajaan kepimpinan YAB Mohd.Najib Tun Razak amat komited terhadap merealisasikan Gagasan 1 Malaysia sejak diumumkan. Dasar-dasar dan program-program pembangunan yang diumumkan oleh Najib selaku perdana menteri dengan jelas menunjukkan keiklasan beliau dalam menterjemahkan konsep Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Program-program pembangunan yang digubal oleh beliau didapati mencerminkan pendekatan pembangunan inklusif.
Rancangan Malaysia Ke 10 jelas kelihatan bertekad untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia, terutamanya komuniti yang dianggap tertinggal dalam arus pembangunan perdana. Komuniti ini akan diberi keutamaan dalam menyediakan bantuan kerajaan.
Kaum dan komuniti yang menganggap mereka tertinggal dalam bidang ekonomi-sosial diberi pertimbangan khusus dalam menangani masalah ekonomi- sosial mereka melalui projek pembangunan yang digariskan dalam Bajet 2010 yang dibentang oleh PM pada 23 Oktober 2009. Perdana Menteri telah mengumumkan peruntukan khusus dalam Bajet sulungnya yang boleh menafaatkan kaum dan komuniti yang memerlukan bantuan kerajaan.
  • Kerajaan telah menyediakan peruntukan 20 juta ringgit kepada usahawan kecil kaum India yang merupakan tambahan kepada peruntukan sedia ada 15 juta ringgit dariapada RM 200 juta ringgit yang diperuntukkan kepada Tabung Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN).
  • Peluang yang saksama kepada semua rakyat untuk sertai dalam pertumbuhan ekonomi.
  • Pendapatan Negara Kasar Per kapaita dianggarkan meningkat kepada RM 26,420 pada tahun 2010.
  • Kadar pengangguran pada paras 3.6% (2010).
  • Kadar penembusan jalur lebar meningkat kepada 32% (2009).
  • Bekalan elektrik disediakan di Sabah 80% dan Sarawak 72.6% (2010).
  • Bekalan Air disediakan di Sabah 62% dan di Sarawak 64% (2010).
  • Kadar kemiskinanan keseluruhan turun 3.8% (2009).
  • Akses pendidikan prasekolah (umur 4-5 tahun) diperluaskan 67.6% (2009).
  • Kerajaan berkomited untuk meningkatkan punca pendapatan isi rumah 40% terendah tanpa mengira kaum,latarbelakang atau lokasi melalaui program bina pendapatan dan bina upaya kumpulan kurang bernasib baik.
    • Sasaran untuk meningkatkan pendapatan isi rumah RM 1440 (2009) kepada RM 2300 (2015) sebulan.
    • Kerajaan memperuntukkan 15 % daripada jumlah saham yang diterbitkan oleh PNB bagi kaum India untuk membantu meningkatkan ekuiti mereka dalam sektor ekonomi negara dalam menikmati kekayaan negara.
    • Klinik 1 Malaysia di bina di kawasan Bandar seperti klinik desa di luar Bandar.
    • Sejumlah 1.6 bilion ringgit disediakan bagi pembinaan 80 buah sekolah baru serta 1,100 buah blok tambahan dan 347 projek gantian sekolah, termasuk pembinaan Sekolah Kebangsaan Rendah dan Menengah, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil serta Sekolah Mubaligh (mission school).
    • Menganugerahkan Biasiswa Nasional kepada 30 pelajar terbaik di kalangan yang terbaik atau crème de la crème berasaskan kepada merit sepenuhnya. Penyandang Biasiswa Nasional ini akan melanjutkan pelajaran ke universiti tersohor di dunia.
Pada masa yang sama, kerajaan telah memperkenalkan Petanda Utama Pencapaian atau Key Performance Indicator( KPI) untuk mengukur dan menilai prestasi perkhidmatan kerajaan malah menggerak dan mendorong sektor perkhidmatan awam meningkatkan kecekapan dan kualiti perkhidmatannya kepada rakyat. KPI bagi 6 Jabatan kerajaan juga telah ditetapkan baru-baru ini dalam merealisasikan Gagasan 1 Malaysia.
Ini jelas menunjukkan bahawa gagasan 1 Malaysia bukan satu retorik politik semata-mata, malah kerajaan berkomited dan bersunguh-sungguh dalam menterjemahkan hasrat ‘1 Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” supaya rakyat atau semua kaum dan etnik mendapat faedah terbaik tanpa mengira perbezaan antara mereka.