Yusheng, Yee Sang atau Yuu Shang
(Cina Ringkas: pinyin: yusheng) ialah sejenis salad ikan mentah gaya Chaozhou. Yee sang biasanya terdiri daripada potongan daging ikan mentah (khususnya salmon), yang bercampur dengan cebisan sayur-sayuran dan beraneka sos dan perasa, dan ramuan-ramuan lain. secara harifah, “yusheng” diterjemah menjadi “ikan mentah”, namun boleh dianggap melambangkan kemewahan, kemakmuran dan kesuburan.
Penyumbang kepada hubungan kekeluargaan dan memupuk keharmonian masyarakat Malaysia:
Yee sang dimulakan di Kuala Lumpur kira-kira pada awal 1950-an, sebagai hidangan yang disajikan hanya selepas hari Tahun Baru Cina apabila restoran dibuka semula, dan restoran menyajikan hidangan ini sebagai pembuka selera untuk memupuk ‘tuah’ untuk tahun berikutnya.
Kini, “Lo Hei” — melambung yee sang
— ialah satu adat resam Tahun Baru Cina di Malaysia dan Singapura yang mana
saudara-mara berkumpul di keliling meja lalu melambung cebisan ramuan ke udara
dengan penyepit apabila disuruh, sambil melaungkan ucapan untuk menandakan
bermulanya tahun yang makmur. Tradisi ini bukan sahaja dikalangan ahli keluarga terdekat, malahan sahabat handai berbeza agama dan pegangan juga turut merayakan bersama-sama masyarakat cina ketika menyambut perayaan Tahun Baru Cina. Ini jelas membuktikan makanan tradisi dan amalan ini dapat mengeratkan hubungan persaudaraan dikalangan masyarakat Malaysia.
0 comments:
Post a Comment