Tuesday 15 May 2012

Makanan lain masyarakat Sarawak


Mee Kuching
Mee Kuching dan Kueh Tiaw Tomato
            Kedua-dua mee ini popular di kalangan masyarakat Sarawak tetapi tidaklah sepopular Laksa Sarawak dan Mee Kolok. Kedua-dua jenis mee ini senang didapati di kedai makanan cina, dan restoran ataupun food court (halal) di shopping complex. Bagi Mee Kuching, mee ini banyak terdapat di Kuching dan juga dikenali sebagai Mee Dawai. Ini adalah disebabkan mee ini keras dan ranggup semasa dihidangkan.


                                                          Kueh tiaw tomato


Umai

Umai
            Umai merupakan sejenis makanan tradisional masyarakat Melanau.Umai juga dikenali sebagai 'Sushi Sarawak' kerana disediakan daripada ikan mentah. Ikan mentah dibersihkan dan diambil isinya dan diperap bersama limau dan bawang merah. Terdapat juga dicampur dengan hirisan cili mentah dan beberapa bahan sampingan lain. Umai yang paling biasa dijumpai adalah Umai Ikan. Umai lebih sedap jika dihidangkan terus setelah disediakan atau dihidangkan sejuk setelah disimpan dalam peti sejuk.
                                   

Makanan masyarakat Sarawak (Laksa Sarawak dan mee kolok)


Laksa sarawak 100% berbeza daripada laksa-laksa di semenanjung baik dari segi 'mee' yang digunakan dan kuahnya. Laksa Sarawak, walaupun kuahnya nampak seperti kari, tetapi sebenarnya bukanlah seperti rasa mee kari. Laksa sarawak rasa lemak, dan dicampur dengan daging ayam rebus yang dicarik-carik, tauge rebus separuh masak, udang rebus, hirisan telur goreng dan beberapa bahan lain. Semasa dihidangkan, laksa sarawak dihidangkan bersama dengan sambal belacan dan limau kasturi.

Laksa Sarawak

           Mee Kolok pada asalnya bukanlah makanan asal bumiputra Sarawak. Mee kolok adalah makanan yangg dibawa oleh masyarakat Cina Sarawak yangg datang berhijrah ke Sarawak. Oleh sebab itu mee kolok banyak dihidangkan di semua kedai makanan cina di Sarawak. Mee kolok antara mee yangg popular di Sarawak, dan semakin terkenal di kalangan masyarakat Melayu. Walau bagaimanapun, tidak banyak kedai makanan Melayu yang menghidangkan mee kolok dan terdapat sedikit pengubahsuaian rasa hidangan .
Terdapat beberapa istilah yang merujuk kepada mee kolok:
(i)   Mee kolok (Melayu)
(ii)  Kampua (Cina)
(iii) Mee Rangkai / Mee kering (Iban)


Kampua (Cina)

Mee rangkai (Iban)

Mee kolok (melayu)


Makanan masyarakat Sarawak (Kek lapis)

Kek lapis Sarawak merupakan sejenis kek/kuih yang paling popular di sarawak. Kek lapis ini sangat popular ketika sambutan perayaan di Sarawak seperti Hari Raya, Krismas, Gawai Dayak, dan tidak ketinggalan Tahun Baru Cina. Kek ini mempunyai berpuluh-puluh jenis corak atau pattern dan setiap jenis mempunyai nama tersendiri yang dicipta oleh orang yang mula-mula mencipta corak atau pattern kek itu. Harga kek juga bergantung kepada besar, jenis corak dan kepayahan membuat kek tersebut. Jadi semakin besar, semakin banyak corak, semakin susah membuat kek tersebut, maka semakin mahal harga kek tersebut


Kek lapis Sarawak
 Kek lapis Sarawak kini menjadi salah satu daya tarikan pengunjung apabila bertandang ke negeri Sarawak. Kek lapis Sarawak ini telah mendapat tempat di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum tanpa mengira pegangan dan prinsip. Ini membuktikan bahawa melalui makanan, kita mampu mewujudkan perpaduan seterusnya menjamin keamanan dan toleransi pelbagai kaum.

Makanan masyarakat Sabah (Pinaasakan)

Pinaasakan merupakan sejenis hidangan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-Dusun, Sabah. Ia merupakan sejenis hidangan yang dihasilkan dengan menggunakan isi ikan (ikan air tawar/ikan air laut). Ikan akan dibersihkan dan dicampur dengan sedikit biji kunyit dan halia yang telah ditumbuk, sedikit biji asam jawa atau buah asam 'takob-bakob' , garam, serbuk perasa dan sedikit air. Kemudian ia akan dipanaskan sehingga mendidih sehingga air hampir kering.

Ambuyat / Linut

Pinaasakan