Bila
kita menyebut nasi kandar, Pulau Pinang menjelma dalam ingatan kita. Nasi
kandar di Pulau Pinang samalah seperti adanya nasi dagang di Kelantan atau
Terengganu. Kini populariti nasi kandar telah menular ke negeri-negeri lain di
Semenanjung. Kadang kala kita tertanya-tanya apa yang membezakan nasi kandar
dengan nasi-nasi yang lain. Nasi kandar diiringi dengan pelbagai jenis lauk
pauk (dalam 30 jenis masakan).
Contoh
hidangan lauk pauk nasi kandar ialah: ayam goreng berempah, kari kepala ikan,
ikan goreng, kari telur sotong, udang galah goreng, kari daging rusa, kari
kambing dan lain lain. Berbalik mengimbas sejarah nasi kandar, kita akan
ke selatan India. Di sinilah bermulanya di mana pedagang-pedagang India Muslim
berulang alik antara India dan Semenanjung.
Pada
mulanya pengaruh masakan mereka ini tertumpu di utara Semenanjung sahaja: Alor
Setar, Kangar, Sungai Petani dan Penang. Lama kelamaan populariti nasi kandar
ini menular keseluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
Nasi
kandar mengekalkan nama ‘kandar’ ini berlandaskan cara penjaja nasi ini
menjualnya. Nasi dikandar di bahu (dua bakul atau raga dengan satu batang kayu)
dan mereka akan berjaja merentas kampung-kampung. Keunikan nasi kandar adalah terletak kepada lauk pauknya yang beraneka rasa dan warna. Kebanyakkan lauk pauk ini dimasak dengan menggunakan pelbagai rempah ratus yang asli. Pada masa kini nasi kandar
boleh dinikmati di restoran-restoran dan juga di hotel. Menikmati hidangan yang
disajikan di atas daun pisang juga menjadi kegemaran orang-orang Malaysia.
0 comments:
Post a Comment