Makanan
kaum India terkenal juga di kalangan penduduk Malaysia. Makanan-makanan seperti
vadai, maruku, thosai dan sebagainya boleh didapati di restoran-restoran orang
India. Kini, ramai orang bukan India menggemari makanan-makanan tersebut.
Masakan
India adalah bercirikan penggunaan pelbagai rempah, herba dan sayur-sayuran dan
juga untuk vegetarianisme pada bahagian masyarakat.Kelainan masakan India yg
berubah mengikut benua yang asal menunjukkan demografi masakan India adalah
universal dan mampu diterima ramai.
Makanan
tradisi India amat terkenal dikalangan masyarakat majmuk di Malaysia.Capati,Kari,Maruku, Roti Canai dan Putu Mayam sangat popular di
Malaysia.Sebagai bukti,restoran-restoran mamak,penjual-penjual kacang mahupun
pasaraya menjual makanan tradisi India dikunjungi masyarakat berbilang kaum
yang mengagumi keenakan dan keunikan makanan tersebut.
Kaum India mula menapak
kaki di Malaysia 2,000 tahun yang lalu. Mereka merupakan pedagang dan pada abad
ke-10 terdapat beberapa komuniti kecil keturunan India di pinggiran pantai.
Ketika dijajah oleh Kerajaan Inggeris, kaum India di bawa masuk ke Semenanjung
untuk bekerja di ladang-ladang getah dan seterusnya menetap disini. Di Melaka
pula di Kampung Tujung terdapat kampung Chitty. Keturunan India di sini
dikatakan berasal dari Kalinga (selatan timur India). Kaum Chitty di sini berkahwin
dengan penduduk tempatan dan menerap nilai, tradisi dan budaya mereka.
0 comments:
Post a Comment