man tou/pau |
Kuih
man tou dikenali juga dengan nama kuih pau. Kuih man tou ialah sejenis kuih
berinti. Intinya boleh dibuat daripada kelapa, kacang, atau kaya. Kuih ini
tidak hanya terkenal di kalangan kaum Cina, malah semua kaum.
Yong tau foo
adalah masakan sup China dengan asal-usul Hakka. Umumnya dijumpai di
China, Singapura, Thailand dan Malaysia. Yong tau foo dasarnya
sup pati jelas mengandungi pelbagai pilihan item makanan termasuk bola ikan,
crab stick, bittergourds, sotong, salad, jari wanita, serta cabe dan berbagai
bentuk produk segar, makanan laut dan daging yang umum di China. Di Malaysia, ramai
penjual Melayu menjual yong tau foo di pasar malam. Ini
tidak menghairankan kerana makanan asal Cina ini sudah popular dalam kalangan
pelbagai kaum di Malaysia.
Tau fu fa |
Tau fu fa iaitu hidangan masyarakat Tionghua. Kalau pergi ke pasar malam atau ke bazar
ramadhan, sering kali kita akan terjumpa penjaja yang menjual tau fu fa. Tau fu
fa adalah tauhu lembut, seperti puding. Terdapat pelbagai cara hidangan
mengikut budaya sesebuah masyarakat, ada yang menghidangkannya pedas, ada yang
dengan kicap soya, ada yang manis, bersantan dan sebagainya. Di negara kita tau
fu fa dihidangkan bersama sirap air gula putih atau air gula perang (gula
merah). Produk manisan pencuci mulut ini digemari masyarakat berbilang kaum di
negara Malaysia
Ia merupakan kuih
tradisional bagi masyarakat lama dahulu. Big Thumb bakery telah memperbaharui
dan mengubah bentuk dan rasanya seperti yang kita lihat di atas. Rupanya yang
berlainan tapi rasa tetap yang sama. Peng Bing diperbaharui tetapi masih
menggunakan tepung yang sama cuma intinya lebih sedap lagi.
Di
ambil sempena hero Ji Guang yang diperbuat daripada makanan kering untuk
askarnya yang dibawa bersama-sama semasa peperangan Anti-Japanese di negara
China. Rasanya seperti French Bread tetapi ianya terdapat bijan. Sekarang Guang
Bing adalah salah satu makanan yang popular bagi masyarakat Foochow (Cina).
Kadang-kadang, roti ini di letakkan inti untuk menambahkan perasanya. Ia boleh
dimakan begitu saja dan dimasak sup bersama dengan rebusan atau sup daging yang
beserta dengan herba.
Ding Bian Hu |
Ia merupakan sejenis
makanan orang Foochow yang biasanya dimakan semasa sarapan pagi atau lewat
malam. Masyarakat Cina menjadikannya sebagai ganti bubur nasi dan ia dikenali
“bubur kulat”. Masyarakat Cina percaya bahawa bubur ini sangat berkhasiat untuk
membuang panas yang ada di dalam badan dan ia juga berkhasiat khususnya untuk
orang yang lemah tenaga
0 comments:
Post a Comment