Kita
masih menggemari masakan kampung atau masakan nenek dan emak kita dahulu. Orang
Melayu di kampung-kampung masih berlandaskan pertanian. Di halaman-halaman
rumah kampung kelihatan berkeliaran ayam, itik, ikan dari hasil tangkapan
nelayan atau dari sawah dan bendang. Sayuran ditanam di belakang rumah dan juga
di perairan sawah dan bendang. Pucuk paku, petai, daun pegaga, daun selum, daun
kaduk, cendawan (kulat) dan lain-lain jenis ulaman daun menjadi makanan amalan
orang Melayu di kampung. Daun-daun ini selain kaya dengan sumber vitamin
dan mineral, ia juga tinggi dari segi serat. Selain itu, daun ulaman ini mempunyai seribu satu khasiat dan kebaikannya terutamanya untuk kesihatan tubuh badan manusia. Daun kaduk dan daun pegaga telah
mendapat pengiktirafan dari WHO sebagai herba yang mempunyai pelbagai faedah
kepada kita. Ia boleh merangsang aktiviti otak kanak-kanak, pengaliran darah
yang sihat dan menghaluskan tekstur kulit seseorang.
Pelbagai jenis ulam-ulaman
Untuk
pesakit diabitis dan tekanan darah tinggi, ulam jering boleh dijadikan ubat
kerana kandungan alkali yang tinggi dan berfungsi sebagai bahan dirutik.
Tongkat Ali merupakan akar kayu yang terbilang hasiatnya dari segi penambahan
tenaga batin dan juga tenaga fisikal. Tongkat Ali dijual dalam bentuk tablet
dan juga serbuk. Terdapat pelbagai jenis ulaman yang telah dibuktikan khasiatnya melalui penyelidikan moden pada masa kini. Di restoran dan gerai, kopi tongkat Ali menjadi minuman
kegemaran para pengunjung. Dahulu ulam dan akar kayu hanya dipopularkan oleh
orang Melayu tetapi sekarang telah mendapat tempat di restoran dan hotel-hotel,
dimana kita lihat kaum-kaum lain turut meminatinya. Kesimpulan yang dapat dilihat ialah, menu makanan masyarakat Malaysia kini bukan sahaja tertumpu kepada satu kaum sahaja, malah terdapat pelbagai menu dan variasi untuk menjamu selera. Secara tidak langsung, ini dapat membantu mewujudkan suasana yang harmoni di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.
0 comments:
Post a Comment