Kek
lapis Sarawak merupakan sejenis kek/kuih yang paling popular di sarawak. Kek
lapis ini sangat popular ketika sambutan perayaan di Sarawak seperti Hari Raya,
Krismas, Gawai Dayak, dan tidak ketinggalan Tahun Baru Cina. Kek ini mempunyai
berpuluh-puluh jenis corak atau pattern dan setiap jenis mempunyai nama
tersendiri yang dicipta oleh orang yang mula-mula mencipta corak atau pattern
kek itu. Harga kek juga bergantung kepada besar, jenis corak dan kepayahan
membuat kek tersebut. Jadi semakin besar, semakin banyak corak, semakin susah
membuat kek tersebut, maka semakin mahal harga kek tersebut
Kek lapis Sarawak |
Kek
lapis Sarawak kini menjadi salah satu daya tarikan pengunjung apabila bertandang ke negeri Sarawak. Kek
lapis Sarawak ini telah mendapat tempat di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum tanpa mengira pegangan dan prinsip. Ini membuktikan bahawa melalui makanan, kita mampu mewujudkan perpaduan seterusnya menjamin keamanan dan toleransi pelbagai kaum.
0 comments:
Post a Comment