|
Nasi dagang |
|
Nasi kerabu |
|
Rendang tok |
|
Nasi tomato |
Semasa
musim perayaan (hari lebaran, kenduri kendara) nasi tomato beserta lauk pauknya
sentiasa menarik perhatian tetamu. Nasi tomato dihidang bersama ayam masak
merah, dalca, ayam golek, pecal dan lain-lain. Bagi orang Melayu pantai Timur
(Kelantan dan Terengganu) menghidangkan pelbagai juadah seperti nasi dagang,
nasi berlauk, nasi minyak, ayam percik dan lain-lain. Negeri Perak pula
berbangga dengan rendang tok dan gulai ikan sembilang tempoyak. Gulai lemak
cili padi (ayam, ikan dan daging) pula dipelopori oleh orang Negeri Sembilan.
Selain lauk pauk terdapat juga makanan ringan; laksa Penang, laksa Johor, pesembur,
mi siam dan lain-lain.
|
Laksa Johor |
|
Laksa Sarawak |
|
Laksa Penang |
|
|
Menariknya makanan ini, kini masyarakat Malaysia boleh merasai dan menikmati makanan ini pada bila-bila masa sahaja tidak hanya pada musim perayaan atau keramaian kerana menu ini telah menjadi menu utama bagi sesebuah negeri dan boleh di dapati di restoran, hotel, pasar malam dan sebagainya. Makana ini telah sebati dengan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan telah mendapat tempat di hati mereka tanpa mengira latar belakang satu kaum itu sendiri
0 comments:
Post a Comment