Wednesday, 9 May 2012

Makanan lain masyarakat india


Thosai

Thosai juga sejenis makanan tradisional yang terkenal di kalangan kaum India. Selain itu thosai sering juga dihidangkan ketika hari perayaan seperti Deepavali dan majlis-majlis keraian dan hari jadi. Thosai dijual di gerai-gerai dan restoran-restoran India. Thosai biasanya dimakan ketika sarapan dan minum petang. Rasa thosai sedap tetapi agak masam. Thosai bertambah enak jika dimakan bersama sambal sardin, kelapa yang telah dimasak dan kuah kari.


Putu mayam

Putu mayam ialah sejenis makanan manis yang selalunya dimakan ketika sarapan pagi ataupun sebagai snek. Putu mayam diperbuat daripada adunan tepung beras yang dicampur dengan air, santan kelapa yang kemudiannya, doh itu ditekan ke penyaring untuk menjadikannya seperti mi halus. Selepas itu, ia akan distimkan dengan perahan air daun untuk dijadikan sebagai perasa. Setelah siap, mi itu akan dihidangkan bersama-sama parutan kelapa dan gula melaka.

Meruku

Meruku bukan sahaja menjadi antara kuih kegemaran masyarakat India, malah menjadi kegemaran masyarakat Malayu juga. Meruku selalunya dibuat pada musim perayaan dan kenduri kendara. Meruku tersebut boleh dibuat dalam pelbagai bentuk sama ada bulat panjang atau bintang panjang. Sungguhpun begitu cara pembuatannya adalah sama. Ramuanya yang terdiri daripada pelbagai jenis rempah menambahkan lagi aroma dan kelazatan meruku tersebut. Pada masa kini, meruku juga dihidangkan pada hari-hari biasa dan dijual secara meluas di Malaysia.

Vadai

Vadai merupakan kuih yang paling digemari oleh kebanyakan masyarakat Malaysia. Ianya adalah sejeis makanan tradisional jenis kering .Kuih tersebut berbentuk gelung. Ianya amat sesuai dihidangkan ketika masih panas dan sebagai hidangan minum petang. Selain itu ianya turut dihidangkan pada hari perayaan Deepavali. Vadai atau disebut 'Wah-dei', merupakan sejenis makanan orang India selatan. Terdapat juga hirisan cili hijau, daun kari dan bawang merah dicampurkan sekali. Vadai perlu digoreng dengan minyak masak yang banyak untuk memastikan gorengannya menjadi mampat.

 




  




0 comments:

Post a Comment