Tuesday 15 May 2012

Makanan lain masyarakat cina

man tou/pau

Kuih man tou dikenali juga dengan nama kuih pau. Kuih man tou ialah sejenis kuih berinti. Intinya boleh dibuat daripada kelapa, kacang, atau kaya. Kuih ini tidak hanya terkenal di kalangan kaum Cina, malah semua kaum.
yong tau foo

Yong tau foo adalah masakan sup China dengan asal-usul Hakka. Umumnya dijumpai di China,  Singapura, Thailand dan Malaysia. Yong tau foo dasarnya sup pati jelas mengandungi pelbagai pilihan item makanan termasuk bola ikan, crab stick, bittergourds, sotong, salad, jari wanita, serta cabe dan berbagai bentuk produk segar, makanan laut dan daging yang umum di China. Di Malaysia, ramai penjual Melayu menjual yong tau foo di pasar malam. Ini tidak menghairankan kerana makanan asal Cina ini sudah popular dalam kalangan pelbagai kaum di Malaysia.
Tau fu fa

Tau fu fa iaitu hidangan masyarakat Tionghua. Kalau pergi ke pasar malam atau ke bazar ramadhan, sering kali kita akan terjumpa penjaja yang menjual tau fu fa. Tau fu fa adalah tauhu lembut, seperti puding. Terdapat pelbagai cara hidangan mengikut budaya sesebuah masyarakat, ada yang menghidangkannya pedas, ada yang dengan kicap soya, ada yang manis, bersantan dan sebagainya. Di negara kita tau fu fa dihidangkan bersama sirap air gula putih atau air gula perang (gula merah). Produk manisan pencuci mulut ini digemari masyarakat berbilang kaum di negara Malaysia

Peng Bing
Ia merupakan kuih tradisional bagi masyarakat lama dahulu. Big Thumb bakery telah memperbaharui dan mengubah bentuk dan rasanya seperti yang kita lihat di atas. Rupanya yang berlainan tapi rasa tetap yang sama. Peng Bing diperbaharui tetapi masih menggunakan tepung yang sama cuma intinya lebih sedap lagi.

Guang Bing (Kom Pia)
Di ambil sempena hero Ji Guang yang diperbuat daripada makanan kering untuk askarnya yang dibawa bersama-sama semasa peperangan Anti-Japanese di negara China. Rasanya seperti French Bread tetapi ianya terdapat bijan. Sekarang Guang Bing adalah salah satu makanan yang popular bagi masyarakat Foochow (Cina). Kadang-kadang, roti ini di letakkan inti untuk menambahkan perasanya. Ia boleh dimakan begitu saja dan dimasak sup bersama dengan rebusan atau sup daging yang beserta dengan herba.

Ding Bian Hu

Ia merupakan sejenis makanan orang Foochow yang biasanya dimakan semasa sarapan pagi atau lewat malam. Masyarakat Cina menjadikannya sebagai ganti bubur nasi dan ia dikenali “bubur kulat”. Masyarakat Cina percaya bahawa bubur ini sangat berkhasiat untuk membuang panas yang ada di dalam badan dan ia juga berkhasiat khususnya untuk orang yang lemah tenaga



 



0 comments:

Post a Comment