Tuesday 8 May 2012

Makanan masyarakat melayu (manisan)

                                                            Bubur cha cha
                                                         Bubur kacang hijau
                                                             Bubur pulut hitam

Manisan kegemaran orang Melayu ialah dari jenis bubur dan kuih muih.  Bubur pulut hitam, bubur kacang, pengat pisang dan bubur cacar (kandungan keladi, keledek dan tepung gunting) merupakan manisan yang sangat popular. Kebanyakan kuih muih orang Melayu berasaskan beras, beras pulut dan ubi. Contohnya kuih seri muka (di bawah pulut dan di atas kastad pandan),pulut panggang (pulut berisi serunding kelapa atau ikan) bengkang ubi, talam keladi, cucur badak, kuih lapis dan sagu gula Melaka. 
                                                               Dodol
 Manisan tradisi bagi orang Melayu pula ialah dodol, wajek, kuih koci, bahulu dan onde-onde. Dodol adalah sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan makanan yang manis (atau manisan/penganan). Dodol sangat terkenal di Melaka. Membuat dodol boleh dikatakan amat rumit namun menjanjikan keenakannya. 
                                                            Wajik
Kuih wajik merupakan sejenis kuih tradisional Melayu Malaysia yang diperbuat daripada pulut yang dimasak dengan manisan. Wajik merupakan sejenis pulut manis yang pada asasnya dimasak dengan nisan kelapa. Terdapat pelbagai cara penyediaan wajik, dan pelbagai perasa yang dicampurkan kepadanya. Diantara jenis penyediaan wajik yang paling biasa dilakukan adalah pulut yang digunakan itu dimasak sehingga lembut. Cara lain pula adalah pulut yang digunakan itu dimasak jelatah (separuh masak). Ini akan menghasilkan rasa berkerutup apabila dimakan.Selain itu wajik juga boleh dicampurkan dengan durian sekiranya ia dihasilkan pada musim durian. Ia amat digemari ramai terutamanya mereka yang dari pantai timur. Wajik biasanya disediakan sepanjang masa, tetapi lebih meluas semasa musim perayaan.
Kuih tradisi ini masih diminati terutama pada bulan Ramadhan dan lebaran. Minuman iringan pula, orang Melayu kita tidak akan lupa menghidangkan air sirap bandung, sirap selaseh, air kelapa dan air kopi kampung. Secara keseluruhannya, makanan masyarakat melayu ini telah menjadi kegemaran untuk masyarakat lain juga di mana ia boleh diterima oleh pelbagai bangsa dan budaya.

0 comments:

Post a Comment