Wednesday 9 May 2012

Makanan masyarakat india (roti canai dan capati)


Roti canai merupakan makanan kegemaran penduduk Malaysia dan seluruh dunia. Nama roti canai berasal dari kawasan Chennai di India. Makanan ini turut dikenali sebagai roti prata. Roti Canai adalah makanan tradisional kaum India di Malaysia.  Roti canai biasa dijual di restoran mamak. Makanan ini kini sangat disukai bukan sahaja kaum India tetapi rakyat Malaysia. Buat masa kini roti canai berjaya meletakkan tarafnya bersama dengan nasi lemak, diminati oleh sebilangan besar rakyat Malaysia. 


Roti canai merupakan sejenis roti nipis yang diperbuat daripada tepung. Kini, pembuat roti canai telah mengadakan inovasi pada ramuan roti tersebut sehingga terdapat pelbagai jenis roti canai. Antaranya ialah roti canai, roti telor, roti tisu, roti sardin, roti bawang, roti pisang, roti boom dan lain-lain. Roti canai biasa disaji bersama dengan sambal cili, sambal ikan bilis, kari ikan atau kari ayam.


Capati adalah sejenis makanan yang digemari dan sering menjadi hidangan juadah sarapan. Capati mempunyai sedikit persamaan dengan roti canai dimana ramuan yang digunakan untuk menghasikannya adalah hampir sama dimana perbezaannya adalah cara pembakarannya. Capati dihasilkan daripada tepung yang diuli menjadi doh kemudian ditempa seperi lempeng yang kemudian dibakar tanpa menggunakan minyak. Capati yang diolah dari gandum tulin mempunyai banyak khasiat dan makanan ini sesuai untuk penyakit kencing manis dan darah tinggi. Roti ini sedap dimakan bersama dal, kari dan sambal. 
Keunikan roti canai dan capati kini terserlah kerana tidak lagi menjadi menu sarapan pagi sahaja, tetapi telah menjadi menu hidangan utama di restoran makanan dan mendapat permintaan tanpa mengira waktu. Kini makanan ini telah mendapat tempat di hati rakyat Malaysia seterusnya dapat memupuk perpaduan di negara ini. Semua lapisan masyarakat berkongsi menu makanan yang sama tanpa mengira status, agama dan budaya.


0 comments:

Post a Comment