Monday 7 May 2012

Makanan tradisi masyarakat cina (Kuih bulan)



Kuih Bulan adalah sejenis kuih cina yang sering dimakan sewaktu perayaan Pertengahan Musim Luruh. Menurut hikayat  cina Kuih Bulan berdasarkan sebuah kisah yang berlaku di Negara Cina semasa pemerintahan puak Mongol ( Dinasti Yuan ) yang agak tegas dan kejam. Undang- undang yang tidak munasabah dan pelik dikenakan. ke atas rakyat cina supaya tiada satu pun yang dapat menggugat kuasa mereka. Di sebabkan ini, rakyat cina dengan dorongan Puak Ming, bersepakat untuk memberontak. Pada suatu malam, semasa bulan sedang mengambang, mereka membuat kuih yang berbentuk bulat beramai- ramai.
Di tengah- tengah kuih tersebut diletakkan pesanan yang menerangkan cara untuk memberontak. Usaha ini berjaya dan Kerajaan Mongol berjaya digulingkan. Hingga kini, peristiwa ini di rayakan pada setiap tahun oleh Masyarakat Cina. Dalam perayaan yang dikenali sebagai Perayaan Pertengahan Musim Luruh.
Kuih Bulan di buat daripada adunan yang manis dan memiliki inti biji buah teratai atau kacang merah atau dengan kuning telur masin di tengahnya. Terdapat juga tradisi yang menyatakan Kuih Bulan dibuat sebagai persembahan kepada Dewa Dapur. Dewa Dapur yang makan Kuih Bulan tidak dapat menyampaikan laporan buruk kepada Maharaja Syurga disebabkan mulutnya terkunci oleh Kuih Bulan yang manis itu.
Keistimewaan kuih bulan ini terus mendapat tempat di kalangan masyarakat Malaysia kerana kuih ini boleh didapati pada bila-bila masa kerana kuih ini telah menjadi satu produk atau keluaran pengusaha kedai kuih dan kek. Dengan keenakan dan bentuk kuih ini yang menarik, masyarakat Malaysia dapat menikmati kuih ini tanpa mengira kaum dan pegangan agama. Hal ini seterusnya dapat membantu untuk menjalinkan toleransi dan perpaduan sesama masyarakat Malaysia itu sendiri amnya.

0 comments:

Post a Comment