Monday 7 May 2012

Makanan tradisi masyarakat cina (Char Kway Teow)




Char Kway Teow merupakan mee yang sangat popular di Malaysia. Ia diperbuat daripada mee beras yang leper, digoreng dengan haba yang tinggi dengan sos kacang hitam, cili, udang, kerang, telur, dan kacang taruk. Kadang- kala beberapa keping daripada “Chinese sausage” dan kek ikan dimasukkan. Ia digoreng di dalam lemak babi di mana akan membawa rasa yang unit dan sedap semasa dimakan . "Char Kway Teow" merupakan terjemahan mengikut dari Bahasa Cina "炒粿條", berkenaan sesuatu yang diucapkan oleh Min Nan di mana merupakan bahasa variasi dari Bahasa Cina. Dengan betulnya, "炒粿條" disebut dalam chha2-koe2-tiau5? di Min Nan, dan cháo guǒtiáo? di Mandarin.


Char kway teow terdiri beberapa jenis daripada beberapa kawasan. Antara yang sangat terkenal ialah Penang Char Koay Teow. Penang Char Koay Teow ialah Char Koay Teow yang biasanya didapati di Pulau Pinang. Versi dari penang char kuay teow ialah kadang-kala dicampurkan dengan telur itik( untuk kesedapan) dan daging ketam( untuk kemanisan). Satu evolusi Char Koay Teow ialah digoreng dengan tiada minyak babi. Impak evolusi ini telah mewujudkan pertumbuhan populasi char kway teow di kalangan masyarakat muslim dan semua masyarakat di Malaysia. Oleh yang demikian, semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, agama dan bangsa dapat menikmati hidangan char keow teow ini. Impak besar daripada situasi ini dapat mewujudkan perpaduan dan toleransi di dalam masyarakat Malaysia itu sendiri.

1 comments:

Encik Shino said...

char kuey teow ni sedap dinikmati sewaktu panas sahaja. kalau dah sejuk rasa dia kureng sket. salam singgah

Post a Comment