Tuesday 15 May 2012

Makanan masyaakat Sabah dan Sarawak

Sabah dan Sarawak merupakan negeri yang mempunyai kebudayaannyayang tersendiri dan unik. Oleh kerana ia terpisah daripada Semenanjung Malaysia, pemakanan di antara etnik-etnik di sini adalah berbeza. Mempunyai lebih daripada tiga puluh etnik dan mempunyai keadaan geografi yang pelbagai, Sabah dan Sarawak menyediakan pelbagai jenis variasi makanan. Berikut merupakan infomasi yang dapat membantu kita mengenali pemakanan di antara etnik di Sabah dan Sarawak.

Sabah



Makanan bagi sesuatu kaum merupakan identiti dan pengenalan bagi sesuatu kaum. Terdapat banyak jenis makanan dalam masyarakat Kadazandusun. Biasanya kita dapat melihat pelbagai jenis hidangan ini di musim perayaan seperti Pesta Kaamatan yang dirayakan setiap tahun iaitu pada 30 dan 31 Mei. Selain perayaan, biasanya suku kaum Kadazandusun yang tinggal di kampung, masih mengamalkan cara masakan atau hidangan secara tradisional ini. Kita juga dapat melihat dan merasa hidangan seumpama ini pada masa upacara seperti perkahwinan dan majlis lain di adakan oleh suku kaum Kadazandusun. Sesungguhnya makanan tradisional bagi kaum Kadazandusun ini amat berbeza dari kaum yang lain terdapat di negeri Sabah. Selain makanan ini lazat, sudah tentu ianya juga mempunyai keunikannya yang tersendiri.

Contohnya, laut dan sungai yang dibekalkan dengan pelbagai jenis ikan, udang, dan sebagainya.  Hutan rimba yang ditumbuhi dengan pelbagai jenis tumbuhan liar, herba, buah-buahan dan didiami pelbagai jenis hidupan liar. Kebiasaan ini diamalkan oleh lebih daripada 30 golongan etnik yang mana lebih dipengaruhi dengan cara hidup dan keadaan persekitaran tempat tinggal etnik tertentu.

Masyarakat kaum kadazan dusun di Sabah telah mengamalkan cara pemakanan tradisi sejak turun temurun dan masih diamalkan sehingga ke hari ini.  Antara makanan tradisi yang terkenal ialah Hinava, Noonsom, Pinaasakan, Sup Mahuk Liling dan lain-lain disediakan dalam pelbagai cara.

0 comments:

Post a Comment