Wednesday 2 May 2012

Uniknya Masyarakat Malaysia Yang Berbilang Kaum







Dari segi sejarah, kaum Melayu ini mempunyai elemen-elemen dan usul asal dari
Sumatra, Jawa, Thailand, Sulawesi dan juga Polinisia. Dengan pengaruh-pengaruh
negara tersebut tidak hairanlah jika masakan Melayu mempamerkan sedikit
sebanyak kualiti kulinari dari negara-negara tersebut.

Di Selangor, kaum Melayu dahulu kala merupakan pahlawan Bugis dari Sulawesi dan
bagi orang Melayu Negeri Sembilan, menamakan diri mereka sebagai Minangkabau
dari Sumatra. Kita beralih ke Utara: Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Perlis di mana
pengaruh Acheh, Bugis dan Siam amat ketara. Pada abad ke 16, kaum Acheh
mempunyai seorang ketua yang dikenali sebagai Mahkota Alam atau Iskandar
Muda. Beliau juga dikatakan mempunyai pengaruh besar ke atas negeri Pahang,
Kedah dan Perak. Bagi negeri Kelantan, Kedah dan sebahagian negeri Terengganu
pula dipengaruhi oleh Thailand atau Siam. Ini dapat dilihat dari segi penyediaan
makanan dan dialek percakapan mereka: ala Siam.

Kita ke selatan iaitu ke Johor. Di sini terdapat beberapa penempatan kaum Jawa dan
Bugis. Pada tahun 1639, di dalam perjanjian antara Johor dan Belanda, kerajaan
Johor bersetuju untuk membantu menakluki Negeri Melaka dengan pertolongan
pahlawan Bugis bernama Daeng Prani. Sebagai balasan terima kasih dengan
kejayaan cemerlang ini, Daeng Prani dilantik sebagai Yam Tuan Muda Johor.
Sekarang kita ke Negeri Melaka untuk mengikuti perkembangan sejarah kaum Cina.
Pengaruh dari negeri China ini telah mula menular pada abad ke-15. Ianya bermula
dengan lawatan Laksamana China Yin Ching dan Cheng Ho. Mereka singgah di
Melaka dalam perjalanan ke Barat. Admiral Cheng turut membawa bersamanya adat
resam dan budaya kaum Cina. Sultan Mahmud sungguh tertarik dengan kebudayaan
Cina, lebih-lebih lagi apabila mengetahui mereka telah lama mengamalkan ajaran
Islam. Perkahwinan di antara Sultan Mahmud dan Puteri Hang Li Poh mengeratkan
lagi pertalian dua budaya ini. Walau bagaimanapun Malaysia hanya dapat
menyaksikan pengaruh (tradisi, budaya dan masakan) dari China ini pada abad ke-
18. Pendatang dari China dibawa bekerja di lombong-lombong di Malaysia dan
mereka membawa bersama budaya tradisi dan nilai etika kerja.


Kaum India mula menapak kaki di Malaysia 2,000 tahun yang lalu. Mereka
merupakan pedagang dan pada abad ke-10 terdapat beberapa komuniti kecil
keturunan India di pinggiran pantai. Ketika dijajah oleh Kerajaan Inggeris, kaum
India di bawa masuk ke Semenanjung untuk bekerja di ladang-ladang getah dan
seterusnya menetap disini. Di Melaka pula di Kampung Tujung terdapat kampung
Chitty. Keturunan India di sini dikatakan berasal dari Kalinga (selatan timur India).
Kaum Chitty di sini berkahwin dengan penduduk tempatan dan menerap nilai, tradisi
dan budaya mereka. Bagi kaum wanita Chitty, mereka tidak memakai sari seperti
wanita India. Mereka memakai kebaya panjang atau kebaya pendek. Bagi kaum
lelaki pula apabila menghadiri pesta keugamaan, mereka mengenakan pakaian dhoti
bukan sarong yang dipakai oleh kaum India yang lain.

Sebagai negara kosmopolitan, Malaysia juga mempunyai potpuri budaya yang agak
unik. Gabungan kaum Melayu, Cina dan India Cina berjaya menyatukan pelbagai
hidangan kepada ‘hidangan Malaysia’ dan menjadikan ia sebagai satu tarikan kepada
pelancong luar. Penduduk di Malaysia ini juga dikatakan banyak menghabiskan masa
di meja makanan dan menjadikan masa menikmati hidangan itu sebagai aktiviti
kebangsaan. Kaum Cina, India dan Melayu di Malaysia ini sentiasa kreatif,
berganding bahu mereka masakan baru dengan menggabungkan pinjam meminjam
tradisi budaya masing-masing. Dengan ini lahirlah nasi ayam, mi mamak, mi kari
dan lain-lain.

1 comments:

Surwanto said...

IBU SARTIKA/SURWANTO seorang TKI DI HONGKONG
pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos
sempat saya putus asa apalagi dengan keadaan susah
gaji suami saya itupun buat makan sehari2. sedangkan hutang banyak
kebetulan suami saya buka-buka internet Dan mendapatkan
nomor MBAH KASSENG (0853-4288-2547) katanya bisa bantu orang melunasi hutang
melalui jalan TOGEL dan dengan keadaan susah, terpaksa saya
hubungi dan minta angka bocoran hongkong
angka yang di berikan waktu itu 4D 
ternyata betul-betul tembus 100% alhamdulillah dapat 269.jt Oleh Karna itu saya posting no HP MBAH KASSENG ini supaya saudarah-saudara ku di indonesia maupun di luar negri yang sangat kesulitan masalah ekonomi (kesusahan) jangan anda putus asa. Karna jalan masih panjang yang penting anda tdk malu atau takut menghubungi MBAH KASSENG. Semua akan berubah Karna kesuksesan ada pada diri kita sendiri. Yakin dan percaya bahwa itu semua akan tercapai

Post a Comment