Wednesday 9 May 2012

Makanan masyarakat india


Makanan kaum India terkenal juga di kalangan penduduk Malaysia. Makanan-makanan seperti vadai, maruku, thosai dan sebagainya boleh didapati di restoran-restoran orang India. Kini, ramai orang bukan India menggemari makanan-makanan tersebut.
Masakan India adalah bercirikan penggunaan pelbagai rempah, herba dan sayur-sayuran dan juga untuk vegetarianisme pada bahagian masyarakat.Kelainan masakan India yg berubah mengikut benua yang asal menunjukkan demografi masakan India adalah universal dan mampu diterima ramai.
Makanan tradisi India amat terkenal dikalangan masyarakat majmuk di Malaysia.Capati,Kari,Maruku, Roti Canai dan Putu Mayam sangat popular di Malaysia.Sebagai bukti,restoran-restoran mamak,penjual-penjual kacang mahupun pasaraya menjual makanan tradisi India dikunjungi masyarakat berbilang kaum yang mengagumi keenakan dan keunikan makanan tersebut.
            Kaum India mula menapak kaki di Malaysia 2,000 tahun yang lalu. Mereka merupakan pedagang dan pada abad ke-10 terdapat beberapa komuniti kecil keturunan India di pinggiran pantai. Ketika dijajah oleh Kerajaan Inggeris, kaum India di bawa masuk ke Semenanjung untuk bekerja di ladang-ladang getah dan seterusnya menetap disini. Di Melaka pula di Kampung Tujung terdapat kampung Chitty. Keturunan India di sini dikatakan berasal dari Kalinga (selatan timur India). Kaum Chitty di sini berkahwin dengan penduduk tempatan dan menerap nilai, tradisi dan budaya mereka.

0 comments:

Post a Comment