Wednesday 9 May 2012

Makanan masyarakat India (kari)


Kari ialah nama untuk berbagai-bagai hidangan berempah yang terkenal di Bangladesh, India, Sri Lanka, Indonesia, Malaysia, Thailand, dan negara-negara yang lain di Asia Selatan dan Asia Tenggara.Kari yang berasal daripada India merupakan salah satu daripada beberapa hidangan yang benar-benar bersifat "Se-
Asia". Masyarakat India sememangnya terkenal dengan masakan yang berasaskan kari. Boleh dikatakan setiap hari, kari menjadi menu utama juadah mereka. Kebanyakan kari yang digunakan dalam masyarakat India adalah kari yang diproses sendiri. 




Kari ini dikatakan lebih sedap jika dimasak dengan pelbagai jenis masakan. Masakan kari mampu menyedapkan lauk-pauk yang berasaskan daging kambing, ayam, ikan dan sayur-sayuran. Bahkan masyarakat India juga memasak kari dal untuk dicicah bersama tose atau capati. Berbanding dengan masyarakat Melayu, masyarakat India lebih gemar memasak kari tanpa menggunakan santan kelapa. Ini menyebabkan jumlah kari yang digunakan agak banyak lantas mengakibatkan rasanya bertambah pedas.



Impak daripada pergaulan kaum yang berbeza, pengaruh kari telah meresap ke dalam makanan kaum lain iaitu kari turut di gemari oleh masyarakat yang berbilang kaum.Kini bukan sahaja masyarakat India menggemari kari tetapi kaum melayu dan cina juga.Impak besar daripada ini mampu mewujudkan satu ikatan perpaduan sesama masyarakat Malaysia.

0 comments:

Post a Comment