Tuesday, 15 May 2012

Makanan masyarakat Sabah (Noonsom)

Noonsom merupakan salah satu hidangan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-Dusun, Sabah, atau lebih dikenali sebagai jeruk dalam Bahasa Melayu. Terdapat beberapa jenis Noonsom dalam masakan Kadazandusun, antara yang paling popular ialah Noonsom Sada (Ikan), Noonsom Bambangan (buah) dan Noonsom Tuhau (ulam).

Noonsom Sada
Noonsom Sada - Ikan yang digunakan ialah jenis ikan air tawar, dibersihkan dan dijeruk menggunakan isi buah Pangi (ditumbuk ), nasi dan garam. Kesemua bahan tersebut akan dicampur dan diisi ke dalam bekas botol/tajau kecil dan biarkan selama sepuluh atau dua belas hari sebelum dihidangkan.

Noonsom Bambangan

Noonsom Bambangan - Isi Buah Bambangan dihiris dan dicampur dengan biji buah bambangan yang telah diparut dan sedikit garam. Apabila kesemua bahan dicampurkan, isikan ke dalam bekas botol atau tajau kecil dan biarkan selama seminggu sebelum dimakan.

Noonsom tuhau
Noonsom Tuhau - Isi Tuhau (sejenis tumbuhan) dihiris halus dan dijeruk dengan cuka, garam dan cili merah. Apabila kesemua bahan telah dicampurkan, isikan ke dalam bekas botol dan biarkan beberapa minit sebelum dihidangkan.


Makanan masyarakat Sabah (Hinava)


Hinava

Hinava atau Hinava Ginapan merupakan salah satu hidangan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-Dusun, Sabah, dan boleh dikatakan sebagai merupakan makanan yang paling popular di kalangan kaum Kadazan-Dusun. Ia merupakan hidangan yang dihasilkan daripada isi ikan segar yang dicampurkan dengan biji buah bambangan yang telah diparut, cili merah, halia, bawang merah , limau kapas dan garam. Isi ikan tersebut tidak perlu dimasak kerana ia akan masak dengan menggunakan perahan jus limau samada menggunakan limau nipis ataupun limau kasturi (menyerupai shushi). Terdapat pelbagai jenis ikan yang boleh digunakan, tetapi biasanya isi ikan tenggiri, sungguhpun isi ikan yu juga boleh digunakan. Selain itu isi sotong atau udang juga boleh digunakan bagi penyediaan Hinava ini. Hivana biasanya merupakan hidangan istimewa semasa Tadau_Kaamatan. Selain itu ia juga menjadi hidangan istimewa pada majlis-majlis penting lain seperti bagi perkahwinan, pertunangan dan lain-lain.

Makanan masyaakat Sabah dan Sarawak

Sabah dan Sarawak merupakan negeri yang mempunyai kebudayaannyayang tersendiri dan unik. Oleh kerana ia terpisah daripada Semenanjung Malaysia, pemakanan di antara etnik-etnik di sini adalah berbeza. Mempunyai lebih daripada tiga puluh etnik dan mempunyai keadaan geografi yang pelbagai, Sabah dan Sarawak menyediakan pelbagai jenis variasi makanan. Berikut merupakan infomasi yang dapat membantu kita mengenali pemakanan di antara etnik di Sabah dan Sarawak.

Sabah



Makanan bagi sesuatu kaum merupakan identiti dan pengenalan bagi sesuatu kaum. Terdapat banyak jenis makanan dalam masyarakat Kadazandusun. Biasanya kita dapat melihat pelbagai jenis hidangan ini di musim perayaan seperti Pesta Kaamatan yang dirayakan setiap tahun iaitu pada 30 dan 31 Mei. Selain perayaan, biasanya suku kaum Kadazandusun yang tinggal di kampung, masih mengamalkan cara masakan atau hidangan secara tradisional ini. Kita juga dapat melihat dan merasa hidangan seumpama ini pada masa upacara seperti perkahwinan dan majlis lain di adakan oleh suku kaum Kadazandusun. Sesungguhnya makanan tradisional bagi kaum Kadazandusun ini amat berbeza dari kaum yang lain terdapat di negeri Sabah. Selain makanan ini lazat, sudah tentu ianya juga mempunyai keunikannya yang tersendiri.

Contohnya, laut dan sungai yang dibekalkan dengan pelbagai jenis ikan, udang, dan sebagainya.  Hutan rimba yang ditumbuhi dengan pelbagai jenis tumbuhan liar, herba, buah-buahan dan didiami pelbagai jenis hidupan liar. Kebiasaan ini diamalkan oleh lebih daripada 30 golongan etnik yang mana lebih dipengaruhi dengan cara hidup dan keadaan persekitaran tempat tinggal etnik tertentu.

Masyarakat kaum kadazan dusun di Sabah telah mengamalkan cara pemakanan tradisi sejak turun temurun dan masih diamalkan sehingga ke hari ini.  Antara makanan tradisi yang terkenal ialah Hinava, Noonsom, Pinaasakan, Sup Mahuk Liling dan lain-lain disediakan dalam pelbagai cara.

Makanan masyarakat india (Nasi beriani)


Satu lagi hidangan berasal dari India ialah nasi beriani. Terdapat beberapa jenis nasi beriani tetapi yang menjadi sebutan dan kegilaan ialah nasi beriani gam. Ia bukan sahaja digemari oleh kaum India tetapi juga diminati oleh kaum-kaum yang lain. Nasi beriani ini dipelopori oleh orang Melayu terutama di Johor. Nasi beriani gam ini dimasak bersama dengan lauknya (ayam dan daging) dan doh tepung gandum menjadi bahan penampal atau pelekat. Doh ini akan ditampal di sekeliling tutup periuk untuk mengekalkan wap dan haba, dan seterusnya mengekalkan aroma dan tekstur nasi.
Beriani daging

Beriani ayam


Makanan lain masyarakat cina

man tou/pau

Kuih man tou dikenali juga dengan nama kuih pau. Kuih man tou ialah sejenis kuih berinti. Intinya boleh dibuat daripada kelapa, kacang, atau kaya. Kuih ini tidak hanya terkenal di kalangan kaum Cina, malah semua kaum.
yong tau foo

Yong tau foo adalah masakan sup China dengan asal-usul Hakka. Umumnya dijumpai di China,  Singapura, Thailand dan Malaysia. Yong tau foo dasarnya sup pati jelas mengandungi pelbagai pilihan item makanan termasuk bola ikan, crab stick, bittergourds, sotong, salad, jari wanita, serta cabe dan berbagai bentuk produk segar, makanan laut dan daging yang umum di China. Di Malaysia, ramai penjual Melayu menjual yong tau foo di pasar malam. Ini tidak menghairankan kerana makanan asal Cina ini sudah popular dalam kalangan pelbagai kaum di Malaysia.
Tau fu fa

Tau fu fa iaitu hidangan masyarakat Tionghua. Kalau pergi ke pasar malam atau ke bazar ramadhan, sering kali kita akan terjumpa penjaja yang menjual tau fu fa. Tau fu fa adalah tauhu lembut, seperti puding. Terdapat pelbagai cara hidangan mengikut budaya sesebuah masyarakat, ada yang menghidangkannya pedas, ada yang dengan kicap soya, ada yang manis, bersantan dan sebagainya. Di negara kita tau fu fa dihidangkan bersama sirap air gula putih atau air gula perang (gula merah). Produk manisan pencuci mulut ini digemari masyarakat berbilang kaum di negara Malaysia

Peng Bing
Ia merupakan kuih tradisional bagi masyarakat lama dahulu. Big Thumb bakery telah memperbaharui dan mengubah bentuk dan rasanya seperti yang kita lihat di atas. Rupanya yang berlainan tapi rasa tetap yang sama. Peng Bing diperbaharui tetapi masih menggunakan tepung yang sama cuma intinya lebih sedap lagi.

Guang Bing (Kom Pia)
Di ambil sempena hero Ji Guang yang diperbuat daripada makanan kering untuk askarnya yang dibawa bersama-sama semasa peperangan Anti-Japanese di negara China. Rasanya seperti French Bread tetapi ianya terdapat bijan. Sekarang Guang Bing adalah salah satu makanan yang popular bagi masyarakat Foochow (Cina). Kadang-kadang, roti ini di letakkan inti untuk menambahkan perasanya. Ia boleh dimakan begitu saja dan dimasak sup bersama dengan rebusan atau sup daging yang beserta dengan herba.

Ding Bian Hu

Ia merupakan sejenis makanan orang Foochow yang biasanya dimakan semasa sarapan pagi atau lewat malam. Masyarakat Cina menjadikannya sebagai ganti bubur nasi dan ia dikenali “bubur kulat”. Masyarakat Cina percaya bahawa bubur ini sangat berkhasiat untuk membuang panas yang ada di dalam badan dan ia juga berkhasiat khususnya untuk orang yang lemah tenaga



 



Makanan lain masyarakat Melayu




Nasi dagang

Nasi kerabu


Rendang tok

Nasi tomato
Semasa musim perayaan (hari lebaran, kenduri kendara) nasi tomato beserta lauk pauknya sentiasa menarik perhatian tetamu. Nasi tomato dihidang bersama ayam masak merah, dalca, ayam golek, pecal dan lain-lain. Bagi orang Melayu pantai Timur (Kelantan dan Terengganu) menghidangkan pelbagai juadah seperti nasi dagang, nasi berlauk, nasi minyak, ayam percik dan lain-lain. Negeri Perak pula berbangga dengan rendang tok dan gulai ikan sembilang tempoyak. Gulai lemak cili padi (ayam, ikan dan daging) pula dipelopori oleh orang Negeri Sembilan. Selain lauk pauk terdapat juga makanan ringan; laksa Penang, laksa Johor, pesembur, mi siam dan lain-lain. 
Laksa Johor

Laksa Sarawak

Laksa Penang

Menariknya makanan ini, kini masyarakat Malaysia boleh merasai dan menikmati makanan ini pada bila-bila masa sahaja tidak hanya pada musim perayaan atau keramaian kerana menu ini telah menjadi menu utama bagi sesebuah negeri dan boleh di dapati di restoran, hotel, pasar malam dan sebagainya. Makana ini telah sebati dengan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan telah mendapat tempat di hati mereka tanpa mengira latar belakang satu kaum itu sendiri